Banjir Johor semakin pulih, hanya 440 mangsa di PPS

Iklan
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPSdi SJKC New Kota, Kota Tinggi ketika tinjauan Bernama pada Jumaat. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Johor semakin pulih apabila tinggal 440 mangsa banjir sahaja masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu melibatkan 119 keluarga di Mersing, Kota Tinggi dan Kluang dengan semua daerah terbabit menunjukkan pengurangan jumlah mangsa banjir.

Iklan
Iklan

"Pada masa ini, Mersing mempunyai jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 272 penduduk (72 keluarga) di dua PPS.

"Mereka merupakan mangsa banjir dari Kampung Air Papan dan Kampung Tenglu.

Iklan

"Di Kota Tinggi pula yang menyaksikan bilangan mangsa banjir paling ramai kini tinggal 84 penduduk (19 keluarga) di tiga PPS.

"Mereka dari Kampung Sungai Berangan, Perpat dan Kampung Gembut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada malam Sabtu.

Iklan

Sementara itu di Kluang, pula seramai 84 penduduk (24 keluarga) ditempatkan di sebuah PPS dan mereka merupakan penduduk Kampung Contoh.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor memberitahu, banjir di Johor Bahru pulih sepenuhnya apabila 43 penduduk (12 keluarga) di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Nam Heng, Tebrau di sini ditutup pada jam 3 petang Sabtu.

"Mereka yang merupakan penduduk Kampung Redan dan Kampung Sungai Serai sudah dibenarkan pulang kerana air sudah surut," katanya.