Colorado Rapids ikat Steffen dari Manchester City

Iklan
Steffen Foto: Agensi

PENJAGA gol Amerika Syarikat, Zack Steffen telah menyertai kelab Liga Bola Sepak (MLS) Amerika Syarikat, Colorado Rapids dari Manchester City, kata kedua-dua kelab tersebut.

Pemain berusia 28 tahun itu telah menandatangani kontrak tiga tahun dengan pilihan untuk dilanjutkan selama satu tahun tambahan.

Iklan
Iklan

Dia meninggalkan City selepas empat musim bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Dia juga yang mempunyai 29 penampilan untuk Amerika Syarikat, menghabiskan musim 2022-23 secara pinjaman di Middlesbrough dalam Liga Kejuaraan.

Iklan

Steffen juga membuat lebih daripada 40 penampilan liga ketika kelab itu melayakkan diri ke play-off.

"Zack ialah penjaga gol peringkat elit dengan banyak pengalaman di peringkat antarabangsa dan dalam MLS,” kata presiden Colorado Rapids, Padraig Smith.

Iklan