Langkah Dubai: Anwar nasihat Tun M jaga kesihatan
Iklan
KUALA LUMPUR -"Jaga kesihatan”, itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berhubung kenyataan terbaharu pemimpin berusia 98 tahun itu berhubung isu kerajaan pintu belakang.
Perdana Menteri, yang enggan melayan perkara berkenaan, hanya menitipkan nasihat tersebut sambil tersenyum, selepas selesai merasmikan program Wacana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.