Ribuan hadir pengebumian Saleh al-Arouri

Iklan
Pejuang Hamas mengusung keranda Saleh al-Arouri ketika upacara pengebumian untuk pemimpin kumpulan itu yang terkorban akibat serangan Israel di Beirut. - Foto: EPA

BEIRUT - Ribuan penduduk menghadiri pengebumian pemimpin tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri yang dibunuh dalam serangan Israel di ibu negara Lubnan, Beirut dua hari lalu.

Perarakan jenazahnya diiringi alunan doa serta kibaran bendera Palestin-Hamas.

Iklan
Iklan

Kematian Saleh disusuli dengan ikrar pejuang Hamas untuk membalas perbuatan kejam Israel.

Pembunuhan beliau, yang juga tokoh penting dalam Briged Izzedine al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, dianggap satu kehilangan besar buat kumpulan itu.

Iklan

Kematian Saleh juga mencetuskan kebimbangan perang yang lebih meluas di rantau berkenaan.

Ia juga memberi kesan kepada sekutu Lubnannya Hezbollah, pergerakan kuat yang disokong Iran, ketika ia menyerang Dahiyeh, pinggir bandar yang menjadi kubu kuat kumpulan itu.

Iklan

Pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah sebelum ini menyifatkan pembunuhan Saleh sebagai"pencerobohan Israel yang sangat jelas dan Zionis tidak akan terlepas daripada hukuman". - Awani