Bergson kedudukan ke-12 penjaring gol terbanyak dunia 2023
Iklan
[DIKEMAS KINI] PENYERANG Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva berada di kedudukan ke-12 sebagai penjaring gol terbanyak dunia pada 2023 menerusi data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak (IFFHS).
Pemain kelahiran Brazil itu meledak 21 gol dalam saingan Liga Super, 14 dalam saingan piala peringkat domestik dan empat gol dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).