JSPT laksana 137 operasi, keluar 6,297 saman trafik

Iklan
JSPT melaksanakan operasi di beberapa lokasi di seluruh negara pada Ahad dan Isnin. (Gambar kecil: Mohd Azman)

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,297 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan menerusi 137 operasi dilaksanakan di beberapa lokasi di seluruh negara pada Ahad dan Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,788 saman dikeluarkan bagi kesalahan nombor pendaftaran tidak ikut peraturan dan 1,422 saman tiada lesen memandu.

Iklan
Iklan

"Dua kesalahan itu paling tinggi dikesan dilakukan oleh pengguna jalan raya, dalam operasi sama sebanyak 366 buah kenderaan telah disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Azman berkata, seramai 4,378 orang petugas dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam operasi tersebut.

Iklan

"Seramai 3,777 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia dan 601 orang daripada agensi lain telah digerakkan di seluruh negara.

"Konsep penugasan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama adalah kawalan lalu lintas bagi kelancaran aliran trafik, manakala fasa kedua adalah operasi penguatkuasaan Ambang Tahun Baharu 2024," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya berharap semua pengguna jalan raya mematuhi semua peraturan lalu lintas dan undang-undang.

"Kerjasama pengguna jalan raya menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan lalu lintas dan perkara yang menyalahi undang-undang amat dihargai," katanya.