KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya apabila 23 mangsa yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, telah pulang ke kediaman masing-masing.
Berdasarkan laporan terkini kejadian banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kelantan kekal kepada 48 mangsa di tiga PPS setakat 8 malam ini.