Larangan merokok: Pelancong asing antara yang ditahan
Iklan
Petugas Jabatan Kesihatan Johor membuat lawatan di salah sebuah premis makanan di bandar raya ini.
JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Johor mengeluarkan sebanyak lima saman terhadap individu yang masih gagal mematuhi larangan merokok di premis makanan yang berkuat kuasa hari ini.
Difahamkan, daripada kesemua mereka yang menerima notis saman larangan merokok itu, dua daripadanya pelancong asing dari Mesir dan Singapura.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Negeri Johor, Kayrul Hidayah Mansor, seramai 150 anggota Jabatan Kesihatan Johor telah ditugaskan memantau dan mengeluarkan notis saman kepada perokok yang masih berdegil.
Menurutnya, tindakan tegas itu juga diambil selepas penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan hari ini, selepas tempoh pendidikan selama enam bulan berakhir.
Iklan
"Operasi membabitkan beberapa kawasan yang telah dikenal pasti, kita juga telah diarahkan untuk membuat pemantauan secara terus untuk memastikan pelaksanaan larangan ini berjaya.
"Selain pelancong ini, kita juga turut memberikan notis saman kepada dua individu yang didapati ingkar serta menggunakan rokok elektronik (vape) di dalam premis makanan,” katanya ketika ditemui semasa mengikuti operasi berkenaan di sini hari ini.
Iklan
Katanya, dalam operasi berkenaan, pegawai kesihatan dan persekitaran yang terlibat turut membawa poster serta papan tanda mini larangan merokok sebagai peringatan pada orang awam.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan larangan merokok akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari ini.
Menerusi langkah penguatkuasaan itu, individu yang melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>