Sekurang-kurangnya 30 terkorban dalam serangan udara di Ukraine

Iklan
Rusia telah melancarkan 158 dron dan peluru berpandu terhadap Ukraine manakala 115 daripadanya telah dipintas setakat ini. - Foto: Reuters

KYIV - Rusia dilaporkan telah melancarkan serangan udara ke atas Ukraine pada Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa dan mencederakan lebih 160 lagi.

Sekurang-kurangnya 53 mangsa diselamatkan daripada runtuhan bangunan pada pagi Jumaat, kata Menteri Dalam Negeri, Ihor Klymenko dalam hantaran di Telegram.

Iklan
Iklan

Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine mendakwa Rusia telah melancarkan 158 dron dan peluru berpandu terhadap Ukraine manakala 115 daripadanya telah dipintas setakat ini.

Infrastruktur kritikal Ukraine dan kemudahan perindustrian serta ketenteraan diserang semasa serangan udara itu.

Iklan

Di Kyiv, sembilan orang disahkan terbunuh dan 28 lagi cedera, kata Datuk Bandar Vitali Klitschko.

Kebanyakan mangsa terkorban apabila sebuah gudang di daerah Shevchenkivskiy terbakar selepas terkena serpihan peluru berpandu yang dipintas.

Iklan

Kematian turut dilaporkan di bandar Dnipro di tengah Ukraine, bandar selatan Odesa dan Zaporizhzhia, dan bandar timur Kharkiv. - Bernama