Beri ruang kepada jawatankuasa teruskan tanggungjawab mereka - Syahredzan
Iklan
Tangkap layar hantaran Syahredzan menerusi platform X pada Jumaat, Syahredzan
SHAH ALAM - Semua pihak perlu memberi ruang kepada Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah untuk meneruskan apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dalam merungkai isu-isu berkaitan undang-undang Islam.
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, beliau percaya ahli-ahli jawatankuasa khas itu terdiri dari tokoh yang berpengalaman dan kompeten dalam bidang mereka, terutama sekali undang-undang perlembagaan.
Iklan
Iklan
Ujar beliau, dari aspek berkenaan, mereka juga membuat kajian secara objektif, melangkaui pertimbangan kaum dan agama mereka sendiri.
"Saya secara prinsipnya bersetuju dengan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki iaitu tiada keperluan untuk melantik pakar bukan Muslim ke jawatankuasa khas ini.
Iklan
"Penubuhan jawatankuasa ini berbangkit daripada konflik bidang kuasa di antara Persekutuan dan negeri berkenaan dengan undang-undang Syariah. Ia dimandatkan untuk mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menggubal undang-undang Islam.
"Dari perspektif ini, pertimbangan jawatankuasa khas ini akan terhad kepada isu-isu berkaitan dengan undang-undang Syariah, yang hanya terpakai kepada mereka yang beragama Islam,” katanya dalam hantaran menerusi platform X pada Jumaat.
Iklan
Sebelum ini, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mencadangkan supaya pakar bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah untuk menggubal undang-undang Islam.
Koo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak itu berkata, cadangan tersebut dikemukakan sebagai mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan undang-undang dilakukan.
Dalam pada itu, menurut Syahredzan, setakat yang dilaporkan, skop pertimbangan jawatankuasa khas itu tidak termasuk menyemak isu undang-undang berkaitan dengan hak dan kepentingan bukan Muslim.
"Di samping itu, apa-apa syor atau dapatan jawatankuasa khas ini tidak mengikat Jemaah Menteri dan saya percaya bahawa semua pandangan dan sesi libaturus yang lanjut akan dibuat sebelum apa-apa cadangan diterima dan dilaksanakan.
"Maka, tidak ada sebab untuk mengatakan bahawa pandangan atau cadangan yang dipersembahkan kepada Kerajaan akan terhad kepada suatu pihak sahaja,” menurutnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>