Budak 11 tahun ditemui lemas

Iklan
Pihak penyelamat mengesan mangsa di dasar sungai pada jarak 30 meter dia dilaporkan hilang.

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas tergelincir ke dalam Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu ditemui lemas.

Mayat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11, ditemui kira-kira jam 11 pagi Khamis selepas lebih 17 jam operasi dilakukan pasukan menyelamat.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mangsa dikesan di dasar sungai pada jarak 30 meter dia dilaporkan hilang.

Rozizah berkata, lebih 70 kekuatan juga digerakkan termasuk polis, bomba, unit anjing pengesan dan penduduk kampung.

Lebih 70 kekuatan digerakkan termasuk polis, bomba, unit anjing pengesan dan penduduk kampung bagi mengesan mangsa. - Foto Bernama

Iklan

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pada Rabu kegembiraan tiga sahabat bermandi manda di Sungai Tok Hakim,Kuala Terengganu bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu mangsa datang ke lokasi berkenaan untuk bermandi bersama adiknya, Muhammad Firas Wafiy, 9, dan seorang lagi rakan mereka. - Awani