Sumbangan rakyat Malaysia ceriakan penghuni kem pelarian Yemen
Iklan
MARIB (Yemen) - Setiap kali hujan, Amar Yahya yang berlindung di Kem Pelarian Stanbul di sini sebelum ini resah dan sedia mencari tempat berlindung bersama 14 ahli keluarganya kerana khemah lama yang diduduki sudah bocor.
Menurut Amar, 46, sekiranya hujan lebat mereka akan mengalih atau menutup barang penting dalam khemah dan kadang-kadang bertempiaran keluar untuk berteduh.
Menurut Amar, 46, sekiranya hujan lebat mereka akan mengalih atau menutup barang penting dalam khemah dan kadang-kadang bertempiaran keluar untuk berteduh.
Khemah milik Amar yang dihuninya bersama-sama 13 ahli keluarganya di Kem Pelarian Stanbul, Marib, Yemen kini digantikan dengan yang baharu hasil sumbangan rakyat Malaysia.