Amanah lulus empat usul

Iklan
Antara perwakilan yang hadir pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2023. - Foto Bernama

KLANG - Parti Amanah Negara (Amanah) meluluskan empat usul pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung di salah sebuah hotel di sini pada Ahad.

Empat usul berkenaan ialah membanteras pemikiran takfiri dan fitnah, persempadanan semula kawasan pilihan raya, solidariti bersama rakyat Palestin dan menggesa kerajaan segera meluluskan Rang Undang-undang (RUU) profesion pekerja sosial.

Iklan
Iklan

Kesemua usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti perwakilan yang hadir.

Usul membanteras pemikiran takfiri dan fitnah dibawa Amanah Kawasan Kubang Pasu, manakala usul persempadanan semula kawasan pilihan raya pula dibawa oleh Amanah Selangor.

Iklan

Sementara itu, usul solidariti bersama rakyat Palestin dan menggesa kerajaan segera meluluskan RUU profesion pekerja sosial pula masing-masing dibawa oleh Wanita Amanah (AWAN) Nasional dan Jawatankuasa Pimpinan Nasional.

Secara keseluruhan lapan perwakilan mengambil bahagian dalam perbahasan empat usul tersebut.

Iklan