Anugerah Buku Negara 2023: Amirudin terima anugerah utama

Iklan
Amirudin (kanan) menerima Anugerah Perdana: Tokoh Kepimpinan Muda Cemerlang Dalam Memartabatkan Pembangunan Buku Negara disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto FB Amirudin

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari merupakan antara penerima anugerah utama pada majlis Anugerah Buku Negara 2023 berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada Khamis malam.

Perdana Menteri (tengah) merasmikan majlis Anugerah Buku Negara 2023 berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada Khamis malam. Foto FB Amirudin

Beliau menerima Anugerah Perdana: Tokoh Kepimpinan Muda Cemerlang Dalam Memartabatkan Pembangunan Buku Negara disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis tersebut.

Iklan
Iklan

Amirudin berkata, anugerah yang diterimanya itu merupakan satu pengiktirafan kepada Selangor yang sentiasa mengutamakan agenda memartabatkan ilmu dan pendidikan bagi mengangkat harakat kehidupan rakyat menerusi terjemahan karya agung, diskusi ilmu.

Menurut Menteri Besar, ia termasuk penganjuran pesta buku yang memberi impak kepada pembaca dan penerbit.

Iklan

"Bukan itu sahaja, penggal ini kerajaan negeri Selangor telah mula memberi baucar buku kepada penuntut universiti dalam Selangor dan Lembah Klang yang akan dilebar serta diperhebat.

"Insya-ALLAH, anugerah ini akan terus menjadi pemangkin untuk Selangor terus memantapkan usaha sebagai pusat perkembangan ilmu seumpama Baitul Hikmah di zaman khalifah Abbasiyah," katanya.

Iklan

Anugerah Buku Negara merupakan majlis berprestij yang dianjurkan untuk mengiktiraf dan menghargai warga kerja buku di sebalik tabir industri penerbitan Malaysia, selain sebagai usaha meningkatkan mutu penerbitan judul dan karya baharu serta menyemai budaya menulis dan membaca masyarakat.

Tahun ini majlis anugerah itu menerima penyertaan sebanyak 500 naskhah buku daripada lebih 50 penerbit membabitkan 43 pemenang.