Bungkus, jenama semula produk Israel
Iklan
Mohd Azmi (tengah) mempersoalkan bagaimana kerajaan Malaysia boleh membenarkan syarikat perkapalan Israel menjalankan urusan perdagangan rasmi di pelabuhan negara pada saat kedua-dua negara berkenaan tiada sebarang hubungan diplomatik rasmi.
SHAH ALAM - Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan memantau mana-mana kapal dagang dipercayai menjalankan aktiviti pembungkusan dan penjenamaan semula (repackaging and rebranding) produk-produk berkaitan Israel sebelum membawanya masuk ke pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat sebilangan produk syarikat Israel yang dilaksanakan aktiviti pembungkusan dan penjenamaan semula oleh segelintir syarikat kapal dagang berdaftar dengan Kementerian Pengangkutan di Singapura, sebelum diedarkan ke Malaysia dan Indonesia.