Perodua jalankan penilaian terperinci susulan pengumuman Daihatsu
Iklan
Perodua akan berkongsi hasil perbincangan bersama pihak berkuasa Malaysia dengan semua pelanggannya dalam masa terdekat.
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sedang menjalankan penilaian terperinci berkaitan dengan pengumuman Daihatsu Motor Co Ltd (DMC) mengenai penggantungan model-modelnya disebabkan oleh 'ketidakaturan prosedur'.
"(Kami) sedang dalam perbincangan bersama pihak berkuasa Malaysia tentang kesan perkembangan ini terhadap kenderaan keluaran kami.
Iklan
Iklan
"Kami memohon maaf kepada para pelanggan yang kami hargai dan orang awam atas keresahan yang timbul daripada pengumuman ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, Perodua akan berkongsi hasil perbincangan ini dengan semua pelanggannya dalam masa terdekat.
Iklan
Pada 28 April lepas, DMC telah mengumumkan berlakunya 'ketidakaturan prosedur' semasa menjalankan ujian keselamatan ke atas kenderaan di Jepun dan telah menubuhkan jawatankuasa audit bebas yang terdiri daripada peguam dan tenaga kerja teknikal.
Laporan jawatankuasa audit bebas mendedahkan bahawa pemeriksaan dan ujian mengesahkan kesemua 174 ketidakaturan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa audit bebas memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan.
Iklan
Menurut laporan berita, ketidakaturan itu melibatkan 64 model dan tiga enjin kenderaan, termasuk 22 model dan satu enjin yang dijual oleh Toyota.
Sebagai respons kepada penemuan itu, Daihatsu telah memutuskan untuk menggantung sementara penghantaran modelnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>