Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya
Iklan
KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya apabila empat pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di tiga daerah ditutup secara rasmi jam 1 tengah hari tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), empat PPS tersebut adalah Balairaya Kampung Pelandang, Dungun, Surau Kampung Nyatoh, Setiu, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang yang sebelum ini menempatkan seramai 158 mangsa daripada 16 keluarga.