Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Gaza selepas empat hari

Iklan
Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari. - Foto AFP

RAMALLAH - Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat telekomunikasi, Jawwal.

Jawwal dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan telefon dan Internet di tengah dan selatan Semenanjung Gaza telah pulih.

Iklan
Iklan

"Juruteknik kami telah melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan di semua kawasan di Semenanjung Gaza,” katanya.

Syarikat telekomunasi Ooredoo juga mengesahkan penyambungan semula perkhidmatan terlekomunikasi selepas gangguan pada Khamis.

Iklan

Israel melancarkan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 18,800 penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain mencederakan 51,000 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan. - Bernama

Iklan