5,990 mangsa banjir di 4 negeri berlindung di PPS, Kelantan tertinggi

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seramai 5,990 mangsa membabitkan 1,799 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor setakat jam 6 petang pada Ahad.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 4,865 mangsa melibatkan 1,534 keluarga.

Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 4,865 mangsa melibatkan 1,534 keluarga.- Gambar hiasan

Iklan
Iklan

Diikuti Terengganu, 999 mangsa daripada 228 keluarga di tempatkan di PPS susulan tiga daerah di negeri itu dilanda banjir ketika ini.

Di Perak pula, 87 mangsa melibatkan 26 keluarga masih ditempatkan di PPS, manakala 39 mangsa daripada 11 keluarga di Selangor.

Iklan

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan juga akan berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah bermula Jumaat hingga Selasa.

Iklan

Sementara itu, pada Ahad MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.

Agensi itu berkata, ribut berkenaan berada pada kedudukan kira-kira 1,254 km timur laut Sandakan dan bergerak 20 km sejam serta boleh mencapai halaju maksimum 65 km sejam.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu ia tidak mendatangkan kesan signifikan kepada Malaysia dan cuaca di sini cerah dengan hujan renyai-renyai sekejap pagi Ahad.