Seekor lagi sang bedal ditembak mati di Lahad Datu

Iklan
Seekor lagi buaya berjaya ditembak mati di Kampung Remang, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Seekor lagi sang bedal berjaya ditembak mati oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu dalam kejadian di Kampung Remang, di sini pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, buaya tembaga jantan sepanjang hampir lima meter dan lebar satu meter dikesan berada di belakang rumah penduduk kampung.

Iklan
Iklan

Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, buaya itu berjaya ditumpaskan hasil daripada maklumat daripada penduduk kampung tersebut.

Buaya tembaga jantan sepanjang hampir lima meter dan lebar satu meter dikesan berada di belakang rumah penduduk kampung.

"Hasil pemantauan terdapat seekor lagi buaya berada di belakang rumah penduduk dan lapan das tembakan dilepaskan pada jam 10.37 malam.

Iklan

"Kesemua tembakan telah terkena pada buaya tersebut sebelum bangkainya dibawa ke perumahan JHL untuk dilupuskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Lapan das tembakan dilepaskan menyebabkan buaya tembaga jantan sepanjang hampir lima meter dan lebar satu meter itu mati.

Susulan kejayaan itu, Silverter merakamkan penghargaan kepada penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama dalam usaha menangani konflik buaya yang selama ini mengganggu ketenteraman dan mengancam keselamatan orang ramai.

Iklan

Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan buaya jantan sepanjang hampir lima meter berjaya ditembak mati pada malam Isnin dalam kejadian di Kampung Desa Bajau, di sini.

Lebar buaya yang berjaya ditembak mati hampir satu meter di Kampung Remang, Lahad Datu.

Reptilia dianggarkan seberat 1.2 tan tersebut turut mempunyai saiz panjang yang sama dengan haiwan yang baru ditembak mati itu.