Cuti umum 20 Februari di Melaka, SPM tetap diteruskan
Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
MELAKA - Empat kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diadakan pada 20 Februari tahun depan akan diteruskan mengikut jadual walaupun tarikh itu merupakan cuti kelepasan am bagi negeri Melaka bersempena dengan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, hal itu berikutan kerajaan negeri telah mewarta dan mengisytiharkan 20 Februari sebagai cuti umum baharu negeri Melaka bagi menggantikan cuti umum Hari Melaka Bandaraya Bersejarah yang disambut 15 April setiap tahun sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Jadi dalam tempoh itu, peperiksaan SPM sedang berlangsung dan untuk makluman orang ramai peperiksaan bagi calon yang mengambil empat kertas bagi subjek Manahij al 'Ulum al-Islamiah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Reka Cipta tidak ditangguhkan.
"Bilangan calon SPM terlibat bagi kesemua kertas peperiksaan itu adalah sebanyak 4,528 pelajar berdaftar melibatkan 84 pusat peperiksaan dengan 335 petugas pengawas peperiksaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Iklan
Terdahulu, beliau menghadiri Hari Pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) bersama Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) cawangan Melaka di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Molek.
Cuti yang diwartakan bagi Hari Pengisytiharan Kemerdekaan negara itu adalah bersempena dengan sejarah awal Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sewaktu diumumkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Banda Hilir pada 20 Februari 1956.
Iklan
Mengulas lanjut, Rahmad berkata, sebanyak 12,900 calon telah mendaftar bagi menduduki SPM 2023 di 103 pusat peperiksaan di seluruh Melaka berbanding 12,907 calon pada 2022.
Beliau berkata, sejumlah 1,255 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar seperti dijadualkan.
Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pelajar sekolah, jemaah di surau dan masjid menggunakan pelitup muka terutama bagi mereka yang bergejala susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.
"Walaupun masih belum ada lagi arahan kena (wajib) pakai pelitup muka, kita galakkan mereka memakainya untuk mengekang penularan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem memaklumkan kes COVID-19 di Melaka pada minggu Epidemiologi ke-48 yang berakhir pada 2 Dis lepas menunjukkan peningkatan kepada 534 kes baharu berbanding minggu sebelumnya. - Foto Bernama
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.