ECRL: 157 penduduk Desa Mukmin terima ex-gratia
Iklan
Borhan bergambar bersama penerima ex-gratia bagi jajaran projek ECRL di Gombak.
GOMBAK - Seramai 157 penduduk Desa Mukmin di sini yang terlibat dalam jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menerima ex-gratia.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Malaysia Railway Link (MRL) menawarkan bayaran ganti rugi kepada pemilik dan penyewa yang diminta mengosongkan kediaman sebelum 15 Januari depan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pembayaran tersebut melibatkan kos perpindahan sebanyak RM3,000 selain kos sewa bulanan RM1,500 bagi tempoh 24 bulan selain ganti rugi kos struktur yang terlibat.
"Penerima turut diberikan tawaran rumah Rumah Selangorku (RSKU) di Bandar Tasik Puteri yang tersedia sebanyak 49 unit berharga RM79,000.
Iklan
"Selain itu, penerima turut diberi pilihan untuk program SmartSewa di dua kawasan membabitkan 40 unit di Blok Temenggung dan 240 unit di Sri Damai," katanya pada Majlis Penyerahan Ex-Gratia Projek ECRL Desa Mukmin di Dewan Beringin Sri Gombak pada Khamis.
Pada majlis sama turut diadakan penyampaian sumbangan bencana daerah Gombak membabitkan 107 penerima terdiri mangsa banjir, tanah runtuh dan ribut dalam kejadian Oktober lalu.
Iklan
Borhan berkata, penerima ex-gratia dinilai menerusi bancian oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Selangor pada 21 November lalu.
"Bancian tersebut mengesahkan 135 struktur terlibat dalam jajaran ECRL di Desa Mukmin.
"Dalam senarai tersebut, kesemua 135 struktur ini melibatkan seramai 157 orang ketua isi rumah," tambah beliau.
Borhan (empat dari kiri) menyampaikan ex-gratia kepada salah seorang penduduk Desa Mukmin yang terlibat dengan jajaran ECRL.
Justeru katanya, ex-gratia tersebut diharap dapat membantu meringankan beban dan mempermudahkan proses pemindahan penduduk terlibat.
"Arahan pengosongan tapak juga telah dikeluarkan oleh JKPTG Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pada Rabu (13 Disember 2023) dan diberi tempoh sebelum 15 Januari 2024 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja awalan oleh MRL.
"Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang memberikan kerjasama bagi memberi laluan projek ini diteruskan.
"Tentu sekali pemindahan ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun memberi impak kepada pembangunan negeri Selangor. Kerajaan Selangor yakin bahawa projek ini akan memberikan manfaat yang lebih menyeluruh bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah kepada rakyat Malaysia secara amnya,"katanya.
Fazrul Hadi dan Mohd Akhir
Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui, Mohd Akhir Zakaria, 60, berkata, pihaknya akur dengan arahan pengosongan tersebut demi pembangunan negara.
"Ura-ura projek ECRL yang akan memerlukan penduduk untuk berpindah sudah lama didengar, jadi dalam tempoh itu memang sudah bersiap sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.
"Pada saya projek ini demi pembangunan negara jadi kita sebagai rakyat kena beransur (mengalah)," katanya yang telah 30 tahun tinggal di Kampung Desa Mukin.
Seorang lagi penduduk, Fazrul Hadi Jonedi, 22, berkata, dia telah mempunyai perancangan untuk mengosongkan kediaman dan bantuan RM3,000 diterima bagi tujuan tersebut sangat membantu mengurangkan beban penduduk.
"Penduduk ada diberikan dua tawaran rumah dan saya pilih untuk terima unit berdekatan dengan tempat kerja iaitu di Batu Caves.
"Kos rumah difahamkan bernilai bawah RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh setahun. Buat sementara waktu akan mencari rumah sewa yang kos akan ditanggung menerusi ex-gratia yang diterima," katanya.
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi