Polis berkas 67 suspek anggota Daesh

Iklan
Gambar hiasan

TURKI - Polis Turki memberkas 67 suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh di seluruh Turki, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan sumber keselamatan pada Isnin.

Polis di wilayah tengah Kayseri menahan sembilan rakyat Iraq dalam operasi serentak susulan aktiviti ganas mereka di Iraq dan Syria, kata sumber yang enggan dinamakan.

Iklan
Iklan

Dalam operasi berasingan, sumber keselamatan di timur wilayah Batman telah menahan 22 suspek termasuk ketua kumpulan pengganas itu di bandar tersebut.

Di wilayah utara Samsun, 14 rakyat Iraq turut ditahan pasukan polis.

Iklan

Anggota polis di wilayah selatan Adana menahan enam suspek yang terdiri daripada empat rakyat Syria dan dua rakyat Iraq.

Polis turut menahan 16 suspek termasuk 13 rakyat Syria di wilayah barat Bursa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh sejak 23 Dis.

Iklan

Semasa operasi, polis telah merampas pelbagai jenis senjata, peluru, bahan digital dan dokumen pertubuhan.

Turki telah mengiktiraf Daesh sebagai sebuah organisasi pengganas pada 2013.

Sejak itu, negara tersebut telah berulang kali diserang oleh pengganas Daesh. Serangan itu termasuk 10 pengeboman bunuh diri, tujuh pengeboman dan empat serangan bersenjata yang telah meragut 315 nyawa serta mencederakan beratus-ratus lagi.

Turki bertindak balas dengan melancarkan serangan tentera dan operasi polis di dalam dan luar negara untuk mencegah serangan pengganas. - Bernama