Berita pilihan Julai 2019

Iklan

1. Adik bunuh abang, bungkus dalam plastik (709,523 bacaan)

TAIPING - Gara-gara telefon bimbit, seorang remaja perempuan bersama teman lelakinya sanggup membunuh abang sendiri, membungkusnya sebelum meletakkan mayat mangsa di belakang sebuah rumah kosong dalam kejadian di Taman Glenview, Kamunting.

Iklan
Iklan

Mayat mangsa, 16, ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa.

Mangsa dipercayai dibunuh adik perempuannya berusia 14 dan teman lelaki berusia 15 tahun di rumahnya.

Iklan

2. Rihana Oksana dicerai talak tiga? (590,093 bacaan)

KUALA LUMPUR - Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga, lapor sebuah portal berita.

Iklan

Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.

Memetik laporan Astro Awani, sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

3. Paus muncul di perairan Terengganu (554,152 bacaan)

KUALA TERENGGANU - Sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh.

Kemunculan paus itu disedari beberapa kakitangan Petronas dan video berdurasi 30 saat dan detik bersejarah itu berjaya dirakam kakitangan pelantar itu.

Ketua Cawangan Mamalia Marin, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa mamalia itu adalah Paus Orca atau nama saintifiknya Orcinus Orca.

4. Hina Sultan Selangor: Wan Ji ke penjara (427,806 bacaan)

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Malahan, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

5. Macam nak mati bila tengok harimau jilat pinggang saya (420,656 bacaan)

DUNGUN -"Saya ingatkan anak yang pegang pinggang saya... tapi rupanya 'kerja' harimau," cerita Mohd Harun, 61 mengenai harimau belang yang menjilat pinggangnya.

Tukang rumah ini merasakan nyawanya bagaikan di hujung tanduk apabila didekati dua ekor harimau belang dalam kejadian di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, bukan seekor tetapi sepasang pak belang ini dilihat berkeliaran di kampung itu sekali gus menggemparkan penduduk kampung.