PM Anwar ke Istana Negara 2.30 petang ini
Iklan
Anwar mengesahkan beliau akan hadir ke Istana Negara jam 2.30 petang Selasa.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan hadir ke Istana Negara pada jam 2.30 petang Selasa untuk Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan.
Pengesahan Perdana Menteri itu mengukuhkan lagi spekulasi akan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini.
Iklan
Iklan
"Rombakan Kabinet? 2.30 petang nanti akan ke Istana (Negara),” kata Anwar kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan di sini, pagi ini.
Sejak semalam, media melaporkan kemungkinan lima portfolio kementerian bakal dirombak selain jawatan menteri di Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang masih belum diisi susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Iklan
Dalam masa sama, rombakan juga bakal melibatkan Kementerian Kewangan (MOF) dengan tumpuan kepada jawatan Menteri Kewangan Kedua.
Persoalan berbangkit ketika ini adalah adakah terdapat individu dari golongan teknokrat yang bakal diserap ke dalam Kabinet Perpaduan Kerajaan Madani.
Iklan
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri juga dijangka mengadakan sidang media mengenai rombakan Kabinet pada jam 11 pagi ini di Pejabat Perdana Menteri. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>