MBS sasar kumpul 1,000 buku
Iklan
KOTA KINABALU - Majlis Belia Sabah (MBS) menyasar untuk mengumpul 1,000 buku menerusi Kempen Jom Derma Buku untuk ditempatkan di Mini Perpustakaan Arena Belia Kepayan, dekat sini.
Sejak kempen itu dilancarkan pada 20 Disember tahun lepas, pelbagai pihak antaranya Perpustakaan Negeri Sabah dan beberapa individu tampil menderma buku dan sehingga semalam, 338 buku sudah diterima antaranya buku pendidikan, ekonomi, sejarah, keagamaan dan novel dalam bahasa Melayu serta Inggeris.
Iklan
Iklan
Presiden MBS Ahmad Farid Sainuri berkata pembukaan mini perpustakaan di Arena Belia, Kepayan itu antara aktiviti pihaknya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan belia di negeri ini.
Lebihan sumbangan buku akan diagihkan kepada belia di kampung-kampung untuk dijadikan sudut bacaan, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Iklan
Justeru, MBS mengajak lebih ramai masyarakat tampil untuk bersama-sama menjayakan kempen itu, dan MBS mahu memastikan budaya membaca terus diterapkan dalam kalangan anggotanya di negeri ini yang berjumlah 200,000 orang.
Pusat pengumpulan di Arena Belia Jalan Winley Kepayan memulakan waktu pengumpulan pada Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang sehingga 31 Januari ini. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas"><meta itemprop="description" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNPitas #pelukIslam"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T10:14:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P224S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazyf52"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazyf52"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazyf52"></script>