'Tujuh, lapan lagi ahli Parlimen PN akan sokong PM' - MP Bukit Gantang
Iklan
Syed Abu Hussin Hafiz
PUCHONG - [DIKEMAS KINI] Beberapa lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bakal mengumumkan sokongan secara terbuka terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam satu sidang akhbar di kediamannya pada Isnin.
Iklan
Iklan
Beliau mendakwa, tujuh hingga lapan orang ahli Parlimen berkenaan akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.
Ditanya sama ada mereka terdiri daripada ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas, beliau hanya meminta untuk menunggu pengumuman daripada individu terlibat.
Iklan
"(Ahli Parlimen PN) Ada berapa negeri, semua dari kawasan Melayu. Ada yang berhubung dengan saya, ada yang berhubung dengan orang lain," katanya.
Sebelum ini, Syed Abu Hussin ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat mengumumkan sokongan kepada Anwar dan menjadi ahli pembangkang kelima daripada Bersatu melakukan demikian.
Iklan
Empat yang lain ialah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).
Dalam pada itu ditanya sama ada beliau telah dikenakan sebarang tindakan oleh parti selepas pengumumannya itu, Syed Abu Hussin menjelaskan, tiada sebarang pertemuan berlaku antara pemimpin Bersatu atau PN untuk berbincang dengannya.
Malah beliau mendakwa nombor telefon bimbitnya juga telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp gabungan itu.
"Saya tidak melanggar peraturan parti sebab dalam Perlembagaan (Bersatu) tidak melarang sesiapa untuk berikan sokongan (kepada Perdana Menteri).
"Jadi apa yang saya lakukan tidak langgar (peraturan) parti. Kalau parti nak ambil tindakan, mereka akan bawa ke jawatankuasa disiplin dan memutuskan apa bentuk tindakan yang boleh diambil. Saya bersedia," ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.