Tiada cuti peristiwa di Terengganu esok - MB
Iklan
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan cuti peristiwa di negeri itu esok seperti tular di media sosial.
Beliau berkata, poster mengenai dakwaan cuti peristiwa yang tular tersebut adalah palsu dan ia merupakan poster lama yang telah disunting.