'Jaga sensitiviti keluarga Zayn Rayyan'

Iklan
Anggota polis mengawal sekitar kawasan Apartment Idaman malam tadi. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditinggalkan di anak sungai berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengesan beberapa komen atau kenyataan yang telah dimuat naik di laman sosial berkaitan kejadian berkenaan.

Hussein

Iklan
Iklan

"Polis meminta orang ramai agar berhenti mengeluarkan komen berkaitan kes kematian mangsa kerana siasatan masih dijalankan.

"Komen sebegini bukan sahaja mewujudkan kegusaran kepada orang ramai tetapi ia juga mengganggu emosi keluarga yang dalam kesedihan atas kehilangan anak disayangi," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk melengkapkan siasatan.

"Siasatan masih lagi berjalan dan usaha mengesan suspek masih giat dijalankan.

Iklan

"Elakkan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis," katanya.