Abai anak hingga meninggal dunia, polis tahan pasangan suami isteri

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KUALA LUMPUR - Polis menahan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Tunku Azizah, di sini Sabtu lepas, dipercayai akibat didera dan diabaikan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pasangan suami isteri yang berusia 30-an itu direman hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Aidi Ismail.

Sabtu lepas seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Azizah, dipercayai akibat didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak.

Iklan

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu menghadapi beberapa masalah kesihatan berikutan dilahirkan pramatang, dan meninggal dunia disebabkan kekurangan nutrisi (malnourished).

Sementara itu mengulas mengenai perlawanan final Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) malam ini, Allaudeen menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan untuk tidak membuat kecoh sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Iklan

Beliau berkata tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mana-mana penyokong yang mencetuskan kekecohan malam ini. - Bernama