Lantikan pengawas peperiksaan kalangan orang awam terikat peraturan, SOP
Iklan
Lim Hui Ying ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Khamis. - Foto: Bernama
KUALA LUMPUR - Pengawas peperiksaan yang dilantik dalam kalangan bukan pendidik terikat kepada peraturan, prosedur operasi standard (SOP) dan akta bagi menjamin integriti pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam di negara ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, selain itu, pengawas peperiksaan itu juga akan dikawal selia pengawas peperiksaan berpengalaman dalam kalangan guru sepanjang peperiksaan berlangsung.
Iklan
Iklan
"Bagi menjamin integriti dan profesionalisme pula, mereka yang dilantik perlu menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi 1972, borang perakuan bebas jenayah dan penyalahgunaan dadah serta borang perakuan kesihatan diri,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Kesavadas A Achyuthan Nair mengenai signifikan pengambilan pengawas peperiksaan daripada kalangan orang awam dan bagaimana mereka yang dilantik terjamin dari segi karektor, integriti dan profesionalisme.
Iklan
Berhubung pelantikan pengawas peperiksaan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, Hui Ying berkata, berdasarkan unjuran jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah seramai 137,000 orang.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 20 peratus lantikan disasarkan daripada mereka yang bukan kalangan guru atau warga pendidikan.
Iklan
Hui Ying berkata, bagi menjamin kredibiliti dan integriti peperiksaan, lantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan orang awam itu tidak akan melibatkan jawatan Ketua Pengawas Peperiksaan dan Ketua Pengawas Ujian Amali, Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan, Penyelia Kawasan dan Timbalan Penyelia Kawasan sebaliknya ia kekal dipilih dalam kumpulan guru atau pegawai pendidikan yang masih berkhidmat.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan buat pertama kali telah membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan SPM kepada orang awam dan tawaran julung kali dilaksanakan itu adalah untuk SPM 2023 yang bermula 5 Dis lepas.
Peperiksaan SPM akan berlangsung hingga 7 Mac 2024. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>