Biden merayu lepaskan bantuan ketenteraan Ukraine

Iklan
Joe Biden

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden merayu kepada Republikan melepaskan bantuan ketenteraan baharu kepada Ukraine.

Beliau turut memberi amaran bahawa kemenangan untuk Rusia ke atas Ukraine akan menyebabkan Moscow dalam kedudukan menyerang sekutu Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO).

Iklan
Iklan

Kenyataannya menyusul ketika AS merancang untuk mengumumkan $175 juta dolar sebagai bantuan tambahan kepada Ukraine susulan bekalan kewangan Kyiv semakin berkurangan.

"Kita tidak boleh membiarkan Putin menang. Dan sekali lagi, kita tidak boleh membiarkan Putin menang. Ia demi kepentingan negara dan kepentingan antarabangsa serta semua sekutu. Sebarang gangguan dalam keupayaan kami untuk membantu Ukraine bakal mengukuhkan kedudukan Putin,"jelasnya.

Iklan

Minggu ini, White House mengumumkan, Washington sudah kehabisan masa dan wang untuk membantu Ukraine menangkis pencerobohan Rusia.

Menjelang pertengahan November lalu, Jabatan Pertahanan Amerika telah menggunakan 97 peratus daripada AS$62.3 bilion dalam pembiayaan tambahan yang diterimanya.

Iklan

Pengarah Belanjawan Amerika, Shalanda Young berkata, Jabatan Negara telah menggunakan semua AS$4.7 bilion dalam pembiayaan bantuan ketenteraan yang telah diperuntukkan.

AS ketika ini mempunyai kurang daripada $1 bilion dolar dalam pihak berkuasa pembekal.

Ini bermakna jika Kongres tidak menyediakan dana baharu untuk membeli peralatan gantian, dan Pentagon kehabisan dana, mereka boleh memprogram semula bagi memastikan kontrak korporat mengalir.

AS, Ukraine dan pembuat senjata mungkin terpaksa mengambil langkah lain untuk mengisi semula stok.

Pada masa ini, AS mengutamakan keselamatan sempadan dengan Mexico berbanding pembiayaan ke atas Ukraine dan Israel. - Awani/Agensi