Suhakam bimbang ancaman keganasan terhadap Dong Zong
Iklan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang dengan ancaman keganasan terhadap Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kerana hak kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara adalah dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Menerusi satu kenyataan media semalam, Suhakam menyifatkan tindakan kerajaan menafikan hak Dong Zong dengan membatalkan persidangan mereka melalui injunksi mahkamah dilihat sebagai sesuatu yang serius.