Mesyuarat MKT UMNO: Isu Isham Jalil jadi tumpuan malam ini?
Iklan
Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Pengerusi UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid antara yang hadir mesyuarat MKT UMNO malam ini.
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi tumpuan pada malam Rabu.
Beberapa pemimpin UMNO dilihat tiba di pekarangan Ibu Pejabat UMNO sejak lewat petang tadi.
Antaranya, Naib Presiden UMNO; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT); Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Datuk Mohamad Alamin, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Difahamkan mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka membuat beberapa keputusan.
Sementara itu ketika ditanya kepada Shamsul Anuar berhubung perkembangan mesyuarat malam ini, beliau berkata ‘nanti dulu’.
"Tunggu sehingga habis mesyuarat, nanti saya komentar,” katanya.
Terdahulu, Isham mengesahkan beliau kekal dengan pendiriannya untuk memprotes dan tidak menghadiri mesyuarat parti itu, termasuk yang diadakan malam Rabu walaupun dicabar Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk hadir.
Isham menegaskan, beliau akan terus melakukan protes itu selagi Ahmad Zahid meneruskan kerjasama dengan DAP.
Mengulas lanjut, Isham mendakwa, Ahmad Zahid sepatutnya sedar dan menerima hakikat serta tidak berada dalam sindrom penafian bahawa lebih ramai orang-orang Melayu kini menolak UMNO ekoran keputusan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu untuk bekerjasama dengan DAP selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu"><meta itemprop="description" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam tempoh dua minggu bagi menjawab notis tunjuk sebab yang diterima gabungan itu pada 22 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS dalam tempoh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797924/berita/politik/pn-beri-penjelasan-kepada-ros-dalam-tempoh-dua-minggu---takiyuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T06:26:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P23S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd833m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd833m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd833m"></script>