DUN Perak kecoh 'bertikam lidah' isu konsert liar
Iklan
Razman dengan tegas menyatakan tumpuan perlu diberikan terhadap isu penganjuran konsert dan program hiburan di negeri ini agar tidak memberi implikasi negatif kepada rakyat Perak secara keseluruhan.
IPOH - Sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu kecoh hampir lima minit dengan pertikaman lidah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung isu konsert liar.
Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol) bangun untuk bertanyakan pandangan mengenai perkara itu semasa penggulungan Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee.
Iklan
Iklan
Persoalannya mengenai konsert liar menyebabkan Sze Yee (PH-Jalong) tidak memberikan laluan dengan menyifatkan Ketua Pembangkang itu cuba bermain politik.
Persoalan mengenai konsert liar menyebabkan Sze Yee tidak memberikan laluan dengan menyifatkan Ketua Pembangkang cuba bermain politik.
Razman dengan tegas menyatakan tumpuan perlu diberikan terhadap isu penganjuran konsert dan program hiburan di negeri ini agar tidak memberi implikasi negatif kepada rakyat Perak secara keseluruhan.
Iklan
"Saya tak puas hati dengan pentadbiran begini, saya minta penjelasan YB Exco selaku pentadbir kerana ini soal mentadbir negeri, bukan mentadbir kaum," katanya.
Tindakan itu menyebabkan sesi pertikaman lidah antara beberapa ADUN Pakatan Harapan (PH) yang bangun meminta Razman untuk duduk dan mematuhi Perintah Dewan.
Iklan
Timbalan Speaker DUN Perak, Jenny Choy Tsi Jen terpaksa campur tangan dengan meminta semua ADUN bertenang dan duduk.
Beliau kemudiannya meminta Sze Yee untuk meneruskan sesi penggulungan.
Sze Yee pada sesi penggulungan Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 menyatakan bahawa, kerajaan negeri tiada halangan dalam penganjuran hiburan selagi memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Malah katanya, penambahan peruntukan disediakan khusus untuk mengadakan konsert-konsert yang bertemakan kebudayaan yang diusahakan bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak.
"Semua konsert yang dianjurkan telah ditapis oleh jabatan dan agensi terlibat, bukan semua yang datang boleh buat konsert, ianya kena ikut syarat ditetapkan.
"Jadi tiada keperluan untuk pemikiran sempit atau memainkan politik memberi sesuatu konotasi negatif mengenai sesuatu penganjuran konsert ini," katanya.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.