Polis tahan lelaki disyaki rogol anak tiri

Iklan
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki merogol anak tirinya yang berusia 18 tahun di Bukit Horizon pada 24 November lalu. - Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki merogol anak tirinya yang berusia 18 tahun di Bukit Horizon dekat sini 24 November lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis telah menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada mangsa yang juga merupakan warga Filipina dan bekerja di sebuah kedai makanan Arab.

Iklan
Iklan

"Pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri telah menahan suspek ketika suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada jam 11.30 malam, 24 November lalu.

"Hasil siasatan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencingnya negatif dadah,” katanya.

Iklan

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Dalam pada itu, Rahmat berkata, sehingga kini seramai lima saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk doktor daripada Hospital Sultanah Aminah yang membuat pemeriksaan ke atas mangsa.

Iklan

"Siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan lain-lain bukti dan melengkapkan kertas siasatan untuk pertuduhan di mahkamah," ujarnya.