Arteta pujuk Ramsdale kekal di Emirates

Iklan
Arteta (kanan) berharap Ramsdale kekal bersama Arsenal. - Foto: Agensi

JURULATIH Arsenal, Mikel Arteta berharap Aaron Ramsdale kekal di Emirates susulan spekulasi penjaga gol itu dikaitkan dengan perpindahan ke Newcastle.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu hilang posisi nombor satunya kepada David Raya yang dipinjam dari Brentford.

Iklan
Iklan

Ramsdale menjadi pilihan utama skuad kebangsaan England apabila diturunkan untuk empat perlawanan bersama The Three Lions berbanding aksi bersama kelab sekadar tiga penampilan sejak awal September.

"Saya mahu Aaron (Ramsdale) bersama kami. Saya sangat gembira mempunyai dua penjaga gol yang sangat baik dan Aaron kekal bersama kami.

Iklan

"Kami mahu menjadi lebih baik, jadi kami mahu menambah apa yang kami sudah ada. Itulah niat yang kami ada,” ujar Arteta.

Mengulas sama ada Arteta boleh melepaskan Ramsdale pada jendela perpindahan bulan depan, beliau enggan memberi jaminan kerana ia adalah hak pemain itu.

Iklan

Ramsdale beraksi bagi kesemua 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2022/23 ketika The Gunners mencabar Manchester City untuk perebutan gelaran.

Dia turut menjadi pilihan utama pada awal musim ini dengan memulakan empat perlawanan EPL tetapi khidmat Raya lebih menarik minat Arteta ketika The Gunners bertandang ke Everton pada 17 September sebelum mengukuhkan posisinya.

Sejak itu, kelibat Ramsdale dihadkan kepada dua aksi Piala Liga Inggeris (EFL) dan penampilan EPL menentang Brentford memandangkan Raya tidak layak menentang kelab induknya.