Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser

Iklan
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatan seperti dakwaan pihak tertentu.

Ia dikaitkan dengan status kesihatan Ahmad Zahid.

Iklan
Iklan

Menurutnya, prosedur yang dijalani beliau baru-baru ini adalah pembedahan prostat dan bukannya menghidap penyakit kanser prostat.

"Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil.

Iklan

"Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Raja Petra Raja Kamarudin bahawa Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO akan meletakkan jawatan kerana menghadapi masalah kesihatan.

Iklan

Ahmad Zahid berkata, beliau kembali sihat dan kembali bekerja selepas selesai menjalani prosedur berkenaan.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid kembali bertugas dengan menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dilihat hadir dalam bilik mesyuarat dalam keadaan ceria ketika membuat pendaftaran Identiti Digital Nasional atau Digital ID.

Pada 19 November lepas, anak sulung beliau Datuk Nurulhidayah menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 November lalu.