YBR terima anugerah tertinggi CSR
Iklan
Ewon Benedick (dua dari kiri) menyerahkan Anugerah Kategori Khas kepada YBR yang diwakili Benedict Lasimbang sambil diperhatikan Syaiful Rizal pada majlis tersebut.
YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menerima Anugerah Kategori Khas Champion CSR Award 2023 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023.
Pengiktirafan tersebut diterima atas kemampanan inisiatif meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pendidikan dan program kemasyarakatan yang dijalankan sepanjang tahun bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
Benedict Lasimbang (tengah) bersama pengurusan YBR di Majlis Penyerahan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023 yang berlangsung di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.
Iklan
Iklan
Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, anugerah itu merupakan satu pencapaian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun dan diharap menjadi penanda aras untuk terus membantu masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
"Kami akan sentiasa menggandakan usaha serta strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Hadir sama, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Iklan
Ujar Benedict Lasimbang, di sepanjang tahun 2022 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.02 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan masyarakat.
"Penghormatan yang diterima ini merupakan impak positif di atas penglibatan dan komitmen YBR yang cakna kepada mereka yang kurang bernasib baik serta menyuntik semangat untuk terus mengekalkan prestasi sedia ada.
"YBR mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” katanya.
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.