Lima maut pesawat terhempas di Layfayette

Iklan
Keadaan pesawat ringan yang terbakar dalam kejadian pesawat terhempas di Layfayette, Louisiana pagi tadi. - Foto Agensi

LAYFAYETTE - Lima maut manakala seorang lagi terbakar 100 peratus dalam insiden pesawat ringan terhempas berhampiran sebuah Walmart di Amerika Syarikat pagi tadi.

Kejadian berlaku berhampiran Jalan Sekolah Timur Verot dan West Pinhook Road di Layfayette, Louisiana sekitar jam 9.22 pagi.

Iklan
Iklan

Laporan awal memberitahu, pesawat dua enjin itu cuba mendarat di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Wilayah Lafayette sebelum merempuh kenderaan berdekatan.

Jurucakap polis berkata, mereka yang dikenal pasti meninggal dunia adalah wartawan sukan NBC New Orleans, Carley McCord; juruterbang, Ian Biggs, 51; Robert Vaughan Crisp, 59; Gretchen Vincent, 51, dan Michael Vincent, 15, manakala penumpang yang keenam di dalam pesawat, Stephen Wade Berzas, 37, terselamat tetapi masih dalam keadaan kritikal.

Iklan
Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku di Layfayette, Louisiana sekitar jam 9.22 pagi itu. - Foto Agensi

Sementara itu, tiga orang awam yang tercedera akibat kemalangan itu dibawa ke hospital tempatan dan keadaan mereka belum diketahui.

Pejabat Polis Parish Lafayette masih menyiasat punca insiden yang berlaku itu dan meminta orang ramai mengelak daripada melalui kawasan berkenaan.

Iklan

Rakaman di tempat kejadian menunjukkan asap hitam tebal dari bangkai pesawat dan beberapa tingkap pejabat pos tempatan turut pecah selain bangunan perniagaan dan kediaman di kawasan terbabit terputus bekalan elektrik. - Agensi.