Aktivis sosial India, Nandi Nazar meninggal dunia

Iklan
Nandi Nazar meninggal dunia pada jam 8 pagi tadi akibat serangan jantung. - Foto Agensi

DUBAI - Aktivis sosial India yang terkenal di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nandi Nazar meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.

Nazar yang berusia pertengahan 50-an dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit dada dan disahkan meninggal dunia pada jam 8 pagi waktu tempatan, kata sumber komuniti.

Iklan
Iklan

Nazar yang aktif dalam perkhidmatan sukarela komuniti telah memberi kesan mendalam kepada ratusan masyarakat di UAE dan India.

Beliau dikenali kerana menawarkan perkhidmatan sukarela untuk penghantaran pulang mayat dan pesakit yang terlantar ke India, selain membantu beberapa orang yang mencari pengampunan visa dan mereka yang berada dalam kesusahan.

Iklan

Nazar juga merupakan sukarelawan yang menyokong pelbagai aktiviti komuniti Polis Dubai dan Konsulat India di Dubai meninggalkan seorang isteri, Naseema; dua anak perempuan, Sana dan Shibila yang kini menetap di Amerika Syarikat serta seorang anak lelaki, Saad yang berada di Bahrain.

Penghormatan terakhir terhadap beliau telah diadakan di Pusat Kecergasan Perubatan di Muhaishnah pada jam 4 petang semalam, kata ahli komuniti. - Agensi.

Iklan