Cadang bekas pemain kebangsaan jadi jurulatih bola sepak sekolah

Iklan
Hisamudin Yahaya

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan supaya bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili negara sebanyak 50 kali dan mempunyai sijil kejurulatihan menjadi jurulatih di peringkat sekolah dengan elaun RM2,000 sebulan.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, cadangan tersebut diutarakan bekas-bekas pemain kebangsaan sewaktu pertemuan bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM turut menyatakan kumpulan tersebut menyatakan kesediaan menjadi jurulatih bagi sekolah yang berada dalam jarak lima kilometer dari kediaman masing-masing.

"Cadangan ini telah diutarakan oleh Datuk Santokh Singh dalam pertemuan tersebut. Tujuan utama cadangan ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar di sekolah dapat belajar teknik dan cara yang betul dalam permainan bidang bola sepak.

Iklan

"Perkara ini berbangkit susulan maklum balas dan rungutan sesetengah ibu bapa, bahawa guru yang mengajar sukan bola sepak adalah tidak tahu teknik asas sukan berkenaan” katanya ketika berucap di Dewan Negara pada Khamis.

Mohd Hisamudin berharap cadangan yang dikemukakan itu diterima baik oleh kerajaan dan bola sepak boleh dijadikan projek rintis untuk skim itu.

Iklan