Dewan Rakyat lulus RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023

Iklan
Dr Zaliha ketika Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan lebih suara bersetuju.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali kedua rang undang-undang berkenaan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, seramai 27 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dua hari dengan majoritinya mendesak supaya peruntukan berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) yang digugurkan, dimasukkan semula ke dalam RUU berkenaan.

RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa, antara lain menggugurkan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Iklan

RUU yang ditarik balik itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun lepas sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen.

Keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminda terma Generasi Penamat (GEG) kepada Orang Belum Dewasa (OBD) dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 merupakan nasihat daripada Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Iklan

Dr Zaliha berkata, keputusan itu dibuat selepas cadangan yang diutarakan oleh Peguam Negara mengenai peruntukan GEG tersebut boleh dicabar berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkenaan dengan hak kesamarataan.

Sebelum itu, keputusan KKM meminda terma GEG kepada Orang Belum Dewasa (OBD) dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 merupakan nasihat daripada Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas cadangan yang diutarakan oleh Peguam Negara mengenai peruntukan GEG tersebut boleh dicabar berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkenaan dengan hak kesamarataan.

Susulan keputusan untuk menggugurkan peruntukan GEG itu, Zaliha dan kerajaan mendapat kritikan pelbagai pihak.