Tiada letupan atau kebakaran tren MRT, hanya bunyi 'spark' - Rapid KL

Iklan
Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur (Rapid KL) mengesahkan tiada sebarang letupan atau kebakaran melibatkan tren Transit Aliran Massa (MRT) milik syarikat itu.

Rapid KL dalam kenyataannya berkata, sebuah tren bernombor 28 telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di stesen Taman Mutiara jam 6.13 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, tindakan itu dilakukan ekoran tren tersebut didapati telah menyebabkan 'alarm' atau sistem penggera kepada sistem bekalan kuasa trek MRT di stesen berhampiran.

"Namun begitu, tiada sebarang letupan atau kebakaran berlaku," kata kenyataan itu pada Rabu.

Iklan

Katanya lagi, pada waktu kejadian pegawai transit yang berada di dalam tren sentiasa memantau keadaan.

Atas faktor keselamatan, tambahnya, tren tersebut telah dikeluarkan daripada perkhidmatan dan penumpang telah diminta untuk menaiki tren berikutnya yang tiba di Taman Mutiara.

Iklan

Menurutnya, tren tersebut akan dibawa pulang ke depoh selepas tamat waktu operasi bagi pemeriksaan terperinci.

"Tiada sebarang gangguan terhadap jadual perjalanan perkhidmatan tren MRT laluan Kajang.

"Pihak Rapid Rail memberi jaminan bahawa keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan kami," ujarnya.