[VIDEO] Runtuhan gudang: Kerja menyelamat diteruskan, 4 mangsa tertimbus belum ditemui
Iklan
BAYAN LEPAS - Operasi menyelamat empat lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang berhampiran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung dekat sini masih diteruskan.
Ketika ini, pihak bomba menggunakan kren bagi mengangkat bongkah rasuk yang runtuh untuk mencari mangsa yang terperangkap.