Suami buntu cari isteri hilang tawar sagu hati RM5,000

Iklan
Marziani Marziani Akmar kali terakhir dilihat pada 21 Julai lalu sebelum gagal dihubungi. - Foto MOHD ROSMIZAR

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seorang kontraktor menawarkan saguhati sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat sehingga berjaya menemui isterinya yang menghilangkan diri lebih empat bulan lalu.

Mohd Rosmizar Ishak, 43, berkata, Marziani Akmar Abu Bakar, 42, kali terakhir dilihat pada 21 Julai yang menghantar kereta ke rumah mereka di Kubor Panjang, Pendang sebelum gagal dihubungi.

Marziani Akmar tidak hadir ke tempat kerja sejak 21 Julai lalu. - Foto MOHD ROSMIZAR

Iklan
Iklan

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada 25 Julai kerana bimbang akan keselamatan isterinya dan dia turut menghubungi kawan-kawan Marziani Ammar namun mereka juga tidak mempunyai maklumat.

"Saya memuatkan berita tentang kehilangan isteri saya di media sosial sebagai salah satu cara untuk mengesannya.

Iklan

Jelas Mohd Rosmizar, usia perkahwinan mereka memasuki usia 16 tahun pada 22 November lalu namun masih belum mempunyai rezeki dikurniakan cahaya mata.

Dakwanya, Marziani Akmar ada menghubungi pegawainya di sebuah agensi kerajaan Kedah untuk meminjam RM1,800 bagi melunaskan pinjaman seseorang pada 23 Ogos lalu.

Iklan

Jelasnya, pegawai tersebut cuba mendapatkan lokasi isterinya itu namun Marziani Akmar memaklumkan masih berada di Kedah dan menyatakan dia telah tersilap memilih kawan.

"Saya tidak kenal nombor yang digunakan oleh isteri saya itu. Saya hairan mengapa dia tidak menghubungi saya ketika dia memerlukan bantuan.

"Sejak isteri hilang, dia juga sudah tidak pergi kerja selain gagal dihubungi," ujar beliau.

Mohd Rosmizar berharap isterinya akan segera pulang kerana ahli keluarga yang lain turut menanti kepulangannya.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung Marziani Akmar boleh hubungi Mohd Rosmizar di talian 012-425 8598.