Kelantan keluar beras jenama tempatan
Iklan
Kelantan akan mengeluarkan beras jenama sendiri pada tahun depan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Tuan Mohd Saripudin
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kelantan akan mengeluarkan beras jenama sendiri, Beras Agro Darul Naim bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini pada tahun depan.
Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kerajaan negeri itu sudah menyediakan peruntukan khas bagi membangunkan sebuah kilang padi dan beras yang terletak di Pasir Mas.
Iklan
Iklan
"Pada 2024, kerajaan sudah membuat peruntukan khas untuk padi dan beras di Meranti Pasir Mas.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Azhar Salleh (Pas-Pulai Chondong) berkait cadangan negeri itu untuk mengeluarkan jenama beras sendiri.
Iklan
Menurut Tuan Mohd Saripudin, peruntukan khas bagi membangunkan kilang padi dan beras itu dibuat melalui kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bersama rakan pelabur.
Dalam pada itu, beliau berkata, pelbagai langkah sudah diambil oleh pihak Kerajaan Kelantan dalam menghadapi isu dan cabaran dalam keterjaminan makanan rakyat di negeri ini.
Iklan
"Antaranya, memberi insentif secara bersasar dan selektif kepada golongan sasar iaitu bagi tahun 2023, peruntukan sebanyak RM3,660,000 melibatkan 357 projek pertanian.
"Aplikasi teknologi di lapangan melalui kaedah Participatory Observation iaitu teknologi baru dari syarikat pengeluar diaplikasi terus ke ladang bagi tujuan peningkatan hasil, kawalan musuh tanaman dan keselamatan makanan,” kata beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>