'Anggap PRK Kemaman sebagai 'call of duty' demi rakyat'
Iklan
Raja Mohamed Affandi (kiri) mengakui tidak mudah membuat keputusan menerima tawaran menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) - Foto Bernama
CHUKAI - Sebagai bekas tentera, tawaran menjadi calon pilihan raya kecil (PRK) umpama satu 'call of duty', kata Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Mengakui tidak mudah membuat keputusan menerima tawaran itu, beliau akhirnya bersetuju bertanding demi pembangunan Kemaman dan kebajikan penduduknya, walaupun terpaksa mengorbankan kehidupannya yang selesa selepas bersara sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT).
Iklan
Iklan
"Saya dah selesa hidup, saya punya pencen (wang pencen) cukup.
"Alhamdulillah, pada masa sama saya juga Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera, saya ada kereta, saya ada pemandu... saya jadi ahli Parlimen saya pun tak tahu berapa banyak gaji.
"... tetapi saya terima itu, kerana bagi saya ini adalah pengorbanan saya untuk Kemaman. Jadi kalau saya mari sini (ke Kemaman) saya berkorban, jadi berkorbanlah untuk beri saya peluang mewakili orang Kemaman," katanya semasa berceramah di Bukit Kuang pada kempen PRK Parlimen Kemaman, dekat sini, pada Jumaat malam.
Iklan
Ceramah itu turut dibarisi Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
PRK itu yang ditetapkan 2 Disember ini sebagai hari mengundi menyaksikan Raja Mohamed Affandi berdepan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.
Iklan
Beliau bagaimanapun mahu semangatnya itu dikongsi pengundi bagi bersama-sama membangunkan Kemaman yang menjadi tempatnya membesar itu ke tahap lebih tinggi.
"Kalau patah sayap bertongkat paruh, kita berperang dan kita harus menang," katanya
Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ceramahnya mengimbau kembali kenangan beliau semasa dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang banyak dibimbing Raja Mohamed Affandi sewaktu masih berkhidmat sebagai PAT.
Beliau berharap individu berkaliber seperti Raja Mohamed Affandi diberi peluang oleh pengundi bagi menjadi wakil rakyat Parlimen Kemaman, seterusnya membawa angin perubahan politik di Pantai Timur.
"Insya-ALLAH ombak Kerajaan Perpaduan ini boleh bermula di Kemaman hingga ke Sungai Golok (Kelantan)," katanya. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.