Bersatu sukar bertahan tanpa Muhyiddin
Iklan
Muhyiddin (tengah) bersama dengan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dan para perwakilan parti itu sempena PAT Bersatu 2023 kali ke-6 di IDCC pada Jumaat.
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sukar bertahan dalam tempoh beberapa tahun lagi susulan pengumuman mengejut Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mempertahankan jawatan disandang pada pemilihan akan datang.
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, pengunduran bekas Perdana Menteri itu bakal memberi dampak negatif terhadap parti tersebut kerana kekuatan Bersatu bermula daripada Muhyiddin.