Hujan lebat tahap buruk di Kelantan, Terengganu hingga Ahad
Iklan
KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan serta seluruh Terengganu sehingga Ahad ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, amaran di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.